Program IP Grassroot 2026

Salam Sejahtera 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Dato/ Tuan/ Puan, 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Wilayah Sarawak akan mengadakan Program IP Grassroot 2026: Jenama Lokal Mendunia Melalui Cap Dagangan seperti di ketetapan berikut:

 

                        Tarikh            : 9 Jun 2026 (Selasa)

                        Masa              : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

                        Tempat          : Imperial Palace Hotel, Miri, Sarawak

                       

3.         Objektif Pejabat MyIPO Wilayah Sarawak mengadakan program ini adalah seperti berikut:

  1. Membantu usahawan memahami kepentingan perlindungan harta intelek dalam proses pembangunan produk dan perkhidmatan;
  2. Pendedahan kepada informasi terkini dalam pengetahuan asas berkenaan harta intelek khususnya cap dagangan; dan
  3. Pemfailan harta intelek.

 

4.         Justeru itu, Pejabat MyIPO Wilayah Sarawak ingin menyampaikan hasrat dengan YBhg. Datuk/ Dato’/ Dato/ Tuan/ Puan dapat menguar-uarkan jemputan ini kepada usahawan yang di bawah jabatan/ agensi/ institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Dato/ Tuan/ Puan. Kami amat berbesar hati agar usahawan yang dapat menerima jemputan ini dengan mendaftar kehadiran melalui pautan https://forms.gle/r6dqdATo1hL4fnwy6  atau kod QR seperti di lampiran selewat-lewatnya pada 5 Jun 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang. Penyertaan adalah terhad untuk 50 orang peserta terawal sahaja. Bersama-sama ini disertakan Poster dan Aturcara Program seperti di lampiran.

5.         Pertanyaan lanjut pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Dato/ Tuan/ Puan boleh menghubungi Fadzil Hazim Bin Samah atau Mark Marthias Anak James di talian 082-745131 / 082-745130 / 019-8684125 (WhatsApp). Sokongan dan kerjasama tuan bagi menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Location: Imperial Palace Hotel, Miri
Lot 1120, Block 7, Jalan Sehati, MCLD
Miri , Sarawak 98000

Date: June 6, 2026, 8 a.m. - June 6, 2026, 5 p.m.

Powered by Tendenci | Customized and hosted by Algebra Technologies MMS