Description
Salam Sejahtera
YBhg. Datuk/ Dato’/ Dato/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Wilayah Sarawak akan mengadakan Program IP Grassroot 2026: Jenama Lokal Mendunia Melalui Cap Dagangan seperti di ketetapan berikut:
Tarikh : 9 Jun 2026 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Imperial Palace Hotel, Miri, Sarawak
3. Objektif Pejabat MyIPO Wilayah Sarawak mengadakan program ini adalah seperti berikut:
- Membantu usahawan memahami kepentingan perlindungan harta intelek dalam proses pembangunan produk dan perkhidmatan;
- Pendedahan kepada informasi terkini dalam pengetahuan asas berkenaan harta intelek khususnya cap dagangan; dan
- Pemfailan harta intelek.
4. Justeru itu, Pejabat MyIPO Wilayah Sarawak ingin menyampaikan hasrat dengan YBhg. Datuk/ Dato’/ Dato/ Tuan/ Puan dapat menguar-uarkan jemputan ini kepada usahawan yang di bawah jabatan/ agensi/ institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Dato/ Tuan/ Puan. Kami amat berbesar hati agar usahawan yang dapat menerima jemputan ini dengan mendaftar kehadiran melalui pautan https://forms.gle/r6dqdATo1hL4fnwy6 atau kod QR seperti di lampiran selewat-lewatnya pada 5 Jun 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang. Penyertaan adalah terhad untuk 50 orang peserta terawal sahaja. Bersama-sama ini disertakan Poster dan Aturcara Program seperti di lampiran.
5. Pertanyaan lanjut pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Dato/ Tuan/ Puan boleh menghubungi Fadzil Hazim Bin Samah atau Mark Marthias Anak James di talian 082-745131 / 082-745130 / 019-8684125 (WhatsApp). Sokongan dan kerjasama tuan bagi menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.