Description
Tema : “Bermulanya Pembinaan Masa Hadapan” Tarikh : 14 Mei 2025 (Rabu) Lokasi : Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak Bersempena : International Construction Week (ICW) Borneo Yuran Penyertaan : RM100.00/orang sahaja CIDB Malaysia akan meneruskan usaha memperkasa industri pembinaan melalui penganjuran siri kedua Seminar CR4.0 yang direka khas untuk kontraktor tempatan berskala kecil dan sederhana. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai Kaedah Pembinaan Moden (Modern Method of Construction) serta membantu syarikat-syarikat pembinaan tempatan mengukuhkan daya saing dalam era digital. Setiap pembentangan dirancang untuk memberikan manfaat praktikal serta pendedahan kepada pendekatan dan teknologi terkini dalam sektor pembinaan. Bersama ini dilampirkan brosur dan atur cara program untuk makluman, rujukan dan penyertaan. Diharapkan kehadiran para pemain industri pembinaan dapat memeriahkan lagi program ini, di samping menambah ilmu ke arah transformasi digital dalam sektor pembinaan di Malaysia. Mohon kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menguar-uarkan program ini kepada semua ahli pertubuhan/ persatuan/ warga kerja syarikat untuk turut menyertai program ini. Sekian, terima kasih. |